• Utama
  • Pengenalan
  • Perutusan Ketua Penolong Pegawai Daerah

Perutusan Ketua Penolong Pegawai Daerah

En.Muhamad Uzir bin Mohd Tahir (Ketua Penolong Pegawai Daerah Pengkalan Hulu)

Selamat datang ke Portal Pejabat Daerah dan Tanah Pengkalan Hulu (PDTPH). PDTPH kini mempunyai tanggungjawab yang semakin besar dan lebih mencabar bagi memenuhi kehendak masyarakat.

PDTPH berusaha mempertingkatkan lagi perkhidmatannya dengan sentiasa memberikan penekanan terhadap pemberian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat khasnya Daerah Pengkalan Hulu.

Mendepani transformasi dalam perkhidmatan, Pentadbiran Daerah dan Tanah Pengkalan Hulu percaya dengan kerjasama, sokongan dan komitmen dari Jabatan-jabatan di Pengkalan Hulu dan juga warga kerja PDTPH yang cemerlang akan meletakkan PDTPH sebagai sebuah pemerintah daerah yang berkesan dan berwibawa.Pelbagai usaha bersama sedang rancak dilaksanakan dalam meningkatkan perkhidmatan PDTPH terutama dalam sector sosio-ekonomi dan pembangunan fizikal.

Akhirkata, saya sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah PDTPH  mengalu-alukan idea-idea, pandangan dan perkongsian maklumat daripada semua pihak bagi mempertingkatkan lagi pencapaian PDTPH dan Portal Rasmi PDTPH.

 

Sekian, Terima kasih

Cetak   Emel

  • /keterangan-laman-web/soalan-lazim
  • /profil/fungsi/bahagian_pengurusan_tanah

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.