Kunjungan Mesra Kastam Betong


Kunjungan Mesra Kastam Betong ke Pejabat Daerah Pengkalan Hulu.

Cetak   Emel

Sumbangan Kelab Sukan Dan Kebajikan Kepada En. Azhar


Sumbangan daripada Kelab kepada En Azhar kerana anaknya menjalani pembedahan.

Cetak   Emel

Kroh - Pengkalan Hulu Dahulunya Dikenali Tempat Jin Bertendang.

HuluPerak News's photo.HuluPerak News's photo.HuluPerak News's photo.
HuluPerak News added 3 new photos.

Kroh - Pengkalan Hulu Dahulunya Dikenali Tempat Jin Bertendang.
__________________________________________
Kroh atau nama barunya Pengkalan Hulu terletak di dalam Daerah Hulu Perak. Sesiapa yang biasa melalui perjalanan dari Baling Kedah ke Kelantan akan mengingatinya. 9 km ke utaranya terletak Betong, pekan kecil di Thailand yang bersempadankan Kroh. Ke sebelah timurnya ialah sempadan Kelantan melalui Tasik Temengor.

Hulu Perak merupakan daerah terbesar di Perak dengan keluasan 2533 batu persegi. Ia merangkumi daerah kecil Gerik, Lenggong dan Kroh. Keluasan Kroh pula ialah 142 batu persegi. Penduduknya hidup dengan aktiviti pertanian. Diantaranya getah dan kelapa sawit. Selebihnya merupakan kakitangan kerajaan dan ahli perniagaan.

Dahulunya Kroh dikenali dengan 'tempat jin bertendang' atau 'tempat buang daerah'. Begitu juga dengan aktiviti penyeludupan barang Siam. Tidak asing juga dengan keganasan ahli PKM.Sekitar tahun 70-an, dentuman meriam dan tembakan peluru angkatan tentera kita melawan pengganas komunis jelas kedengaran sehingga ke pekannya. Biasa juga 'perintah berkurung' dilaksanakan sehingga beberapa hari.

Sudah tentu laluan lama yang perlu melalui Klian Intan yang terletak di tengah-tengah perjalanan dari Kroh ke Gerik akan kurang dilintasi lagi. Sejarah mengkisahkan Klian Intan tempat keluarnya Chin Peng dari jalan bawah tanah melalui Kroh ke Baling menemui YTM Tunku Abdul Rahman di Baling. Begitu jua, sejarah pelombongan bijih timah yang menggunakan 'cable car' tentunya akan hilang dari ingatan termasuk dari kalangan anak tempatan. Apalagi peristwa peperangan suatu ketika dahulu diantara Kerajaan Perak dengan Raja Reman yang merampas Kroh dan Klian Intan.

Tuan Berkely merupakan salah satu nama penjajah yang pernah menjadi pentadbir di Hulu Perak.

Hutan belantara yang mengelilingi Kroh masih menebal. Cuacanya yang sejuk membuatkan kakitangan awam yang meninggalkan perkhidmatan awam terus menetap di Kroh. Begitu jua rata-rata pengunjung yang ditemui di Kroh sangat sukakan cuaca di sini.

YAB Dato' Sri DiRaja Mohamad Tajol Rosli Bin Tan Sri Mohd Ghazali pernah menjadi ADUN Pengkalan Hulu (N 01) dan juga merupakan MB Perak ketika itu. Selain Pengkalan Hulu, Temenggor, Kenering dan Kota Tampan merupakan DUN di Hulu Perak yang berpayungkan kerusi Parlimen Gerik dan Lenggong ketika itu diketuai oleh YB Dato' Dr Wan Hashim Wan Teh dan YB Dato'Khamsiyah Yeop.

Dato'Tajol menjadi ADUN Kenering sejak 1977. Menjadi Ahli Parlimen sejak 1978-1999 dan memegang pelbagai jawatan kabinet seperti di Kementerian Luar Bandar, Kementerian Telekom, KDN dan sebagainya. Jika dibandingkan dengan Pasir Salak -Ramli Ngah Talib Kepala Batas kawasan Pak Lah dan berpuluh kawasan lain - nampaknya Kroh jauh dan jauh ketinggalan. Entah untuk berapa lama lagi?

Dianggarkan ada 100,700 penduduk di daerah Hulu Perak dan hampir 30,000 di Kroh.

IPTA dan IPTS boleh dibina di Kroh. Bukan sahaja akan meramaikan umat, malah akan merancakkan kegiatan ekonomi penduduk Kroh, memperkenalkan Kroh sebagai destinasi pelancongan , melahirkan lebih ramai ilmuwan dan banyak lagi.

Telaga air panas semulajadi yang wujud di Kroh akan diperindahkan dan dipromosikan sebagai tempat perubatan herba dan pelancongan. Taman Air dengan menggunakan air sungai 'panas' boleh diwujudkan .

Patung gajah yang dirobohkan mungkin di atas alasan agama, akan diisikan dengan gajah-gajah asli. Gajah yang hidup sebagai tarikan orang ramai dan hubungan sejarahnya dengan Kerajaaan Siam. Gajah yang menjadikan air taseknya kroh apabila berkubang di dalamnya , lalu memberikan nama Kroh. Rumah kelahiran Tun Mahathir boleh dihidup dan dirancakkan suasananya, masakan tidak sejarah si gajah penghulu rimba ini.

'Cable-Car' yang pupus ditelan kemajuan kemodenan dalam perlombongan timah akan dihidupkan sebagai tempat peranginan dan sejarah. Lihat sahaja di Singapura dan Langkawi. Pelancongan 'cable-car'nya menjadi tumpuan. Eye On Malaysia yang berhrga RM30 juta boleh dibina.

Istana Reman perlu dibaik pulih dan jadikan Istana Reman salah 1 tempat pelancong akan berkunjung kumpulkan semua barangan peribadi Reman utk tatapan generasi baru.

Sekarang Kroh rancak membangun pelbagai aktiviti dan juga pembanguan dibangunkan.Pelbagai aktiviti diadakan untuk menarik orang luar datang ke Kroh seperti rakit berhias,pesta menangkap ikan ditasik dan lain-lain.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.